Thursday, November 19, 2009

ruang ini kita perlu isi

salam.

sahabat,banyak ruang yang kita perlu isi.kalau jiwa isilah dengan ilmu.kalau hati isilah dengan iman.kalau akal isilah dengan kewarasan.isilah biar segalanya indah.isi dengan hemah dan tabah.kerana mengisi bukan mudah.kadang tumpah,kadang rebah.itu hakikat.saya juga masih mengisi.jiwa yang kosong,hati yang lemah, akal yang dangkal (mungkin!).segalanya saya perlu isi.ruang itu saya perlu isi.penuh?itu tidak mungkin,kerana tetap ada ruang untuk saya yang lompong.orang sering bicara tentang kosong.mengapa bicara saja?carilah benda untuk diisi.apa sahaja yang baik.isilah.sentiasa ada ruang untuk diisi.ruang keluarga saya isi dengan cinta.ruang sahabat saya isi dengan setia.kadang rasa ada juga ruang yang belum terisi.kadang rasa sudah cukup ruang yang terisi.biarlah.sekarang ruang yang saya perlu isi sudah saya isi.bukan semua.sebahagiannya.ruang saya untuk Allah banyak yang belum terisi.ruang saya untuk ilmu belum juga terisi.kerana saya banyak leka.acap kali lupa.terus juga alpa.owh bercakap tentang isi.lupa!perut juga perlu diisi~lapar pula rasa.tapi jangan lupa.isi dengan yang halal dan suci sahaja.selamat mengisi!

Tuesday, November 17, 2009

semoga berjaya~

salam

hidup di ims ini amatlah bosan.sampai saya rasa saya rasa saya rasa nak mati lolz.melampau.tp minggu ini saya jual nasi lemak(kakak caya x ayah su jual nasi???) hehehehehe.
minggu ni jugak turn saya bagi tazkirah kat usrah~ni cuak.dan untuk usrah saya kena hapal ayat quran~ni jarang2 saya lakukan(gle berani mati pengakuan).tapi Alhamdulillah, tq pada Paan ada gak ruang saya improve diri ni.lagi urusan untuk bercuti ke Goa hampir selesai...suka yang amat!
minggu ni juga 1st time test untuk 2nd phase~confirm fail.tp xpe, 1st test.next time struggle(sambil tengok2 fb).hehehehehe.saya gembira saya gembira saya gembira sebab hidup saya makin ok.Alhamdulillah.

untuk awanis~All the best SPM.
untuk pika~All the best STPM

semoga berjaya kalian semua.dan juga untuk saya.

Sunday, November 15, 2009

kalau hati dah suka

salam

saya yakin dan percaya
bahawa bukan saya sahaja yang suka
bercerita dan bermimpi tentang suka
atau cinta??
bila bicara tentang suka
ada saja senyum terus lupa
semua yang duka
hati pun jadi leka
......
cinta pada manusia
penyakit pada jiwa
kalau itu je yang ada diminda
bahaya!
...
terkadang saya
kelakar rasa
melihat mereka bergurau senda
remaja katanya
tidak mengapalah asal mereka bahagia
tapi jangan tanya saya
kenapa belum berpunya
sebab saya sudah ada mereka
kawan2,sahabat dan keluarga
semuanya saya suka
itu cinta saya
semuanya ada
cukup tersedia
kerana Allah maha tahu dan bijaksana
apa yang baik buat saya
tunggu saja
pasti ada
kalau hati dah suka
dan jodoh di sana
insyaAllah dengan kuasaNya
ada la yang suka
ingat satu perkara
kalau hilang cinta atau suka
jangan terus berendam airmata
Dia ada..
dia Tuhan kita..
cinta itu kekal selamanya

ps~post ni dibuat secra spontan after tgk org yang bahagia bercinta~hahhaha..adakah mereka lebih matang dari saya..atau mereka cuma remaja yang bergelora rasa???apapun moga kalian bahagia!!!

Friday, November 13, 2009

jujurlah~

salam

ada seorang teman.mengadu kisah sedih, rasa dipermainkan dan ditipu.mengharap cuma secebis kejujuran yang seakan sukar.pesan saya,hadapilah kerana inilah kehidupan.saya faham ini sukar dan segalanya kelihatan suram.tapi percaya pada diri dan Allah.segalanya sudah ditentukan.bunyinya seperti klise dan bosan tapi itu hakikat kehidupan.segalanya klise.kerana antara kita tidak banyak beza.kita sama sebenarnya.cipta satu perspektif yang betul dalam hidup dalam semua perkara.bagaimana? dengan hikmah.apa itu hikmah? banyak diluar sana.carilah dan teliti.bagi saya , saya cuma menikmati hidup sebagaimana yang telah disediakan untuk saya.sekarang saya belajar mencipta kegembiraan untuk diri saya.mencari ketenangan untuk saya.saya masih mencintai mereka yang perlu dan mahu saya cintai.sepenuh hati.saya melakukan semuanya untuk kepuasan diri.saya tidak lagi mengharap apa2 dari mereka.biarlah saya jujur pada diri dan mereka.apa yang mereka fikir dan lakukan pada saya..biarlah.saya relakan semua.kerana saya gembira dengan apa yang saya ada.semuanya.Alhamdulillah.saya mahu belajar dan terus belajar.saya rasa cinta saya pada kerjaya saya semakin menebal.Allah terlalu baik untuk saya.ada masa rasanya malu diri ini,menerima terlalu banyak dariNya, sedang saya masih begini.jadi saya hanya jujur pada mereka dan saya tidak mengharap apa2,cuma kalau boleh saya juga mahu kejujuran.jika sukar tidak mengapa.simpanlah.tapi sejujurnya, saya syukur dan gembira dengan apa yang saya ada sekarang.dan saya sayang semua~termasuk anda yang membaca.ya! diri anda!

Thursday, November 12, 2009

rindu klate~

salam..

aish~rasonyo baru jah kelik bangalore.dok sapa duo bule pun lagi.tapi raso mace nak kelik.pitih tak dok.keno dok india ni jah la.bakpo rindu ko klate?banyok bendo kat klate nih hok dok ingat sokmo.nok2 waktu2 tension gini.skalo waktu2 gini mesti ado ore hok tulung sokmo kalu kat klate.ai,pete2 buleh turun sungai tengok ike,pagi2 tido(pahtu kena ngepek).ado budok2 buleh wak baloh.ado muto buleh wak jale.dok sini jenuh mikir ko hidup.kade2 benda tok penting pun.susoh la jadi koho besar ni.kalu buleh nak kecik sokmo.tok payoh dok caro ko bendo2 ngaruk dale hidup ni.susah sangak.tapi saing2 rama sini.dok tulung.terimo kasih la ko demo.kalu dok gak susoh bena la.tapi ado jugok la kade2 hok lain sikit pado ore.tak payoh caro ko hok tu.mari nak blaja.blaja la(mace rajin).tp bilo dok sore ingat gapo? ingak klate.

Friday, November 6, 2009

yang saya cinta

salam.

saya pernah bercinta.mencurah rasa dan cerita.
cinta saya pada Allah,keluarga,sahabat dan cinta
kalau dulu saya punya cinta
di medan bahasa dan idea
di gelanggang dengan senyum dan tawa
percaya atau tidak
itu kehidupan saya
seakannya sempurna
pernah rasa takut menjelma
hilangnya cinta
tidak lagi di gelanggang atau medan bahasa
tidak lagi bersama teman lama
kerana saya tidak pernah mencuba
mengharungi hidup tanpa mereka
saat jauh dari keluarga
bukan mudah menelan rasa
tapi cinta Allah itu bersama saya
Alhamdulillah
ada teman baru rupanya
baik budi dan elok bahasa(mulut lahar tak kesah huhu)
dan kerjaya baru yang sepertinya indah
tenang rasanya
tapi rasanya ada cinta baru
yang saya bisa membuat saya gembira
tapi sukar untuk percaya
walau saya memaksa
kelihatannya seperti cinta itu hanya pura-pura
tidak pernah ada yang jelas dan nyata
atau mungkin cuma saya
sekali lagi alpa
ditelan cinta
tapi buat kesekian kalinya
walau rasanya seperti pekak dan buta
saya tetap percaya padanya
cinta saya
...
kerana Allah
saya percaya
masih ada cinta....
pada saya~

Monday, November 2, 2009

cuma sebutir benih

salam.

hari ini memberi saya satu kesedaran.pagi tadi saya bermula dengan azam untuk mula belajar kerana sebelum ini sesungguhnya tidak saya menyelak walau sehelai mana-mana naskhah untuk mengisi gedung ilmu di dalam dada yang seakan usang dan gersang. saya cuba yang terbaik yang saya termampu untuk hari ini.saya tahu saya belum sempurna dan bukan juga jaguh di medan ilmu.hari ini saya cuba memahami beberapa baris hikmah yang jika dibanding dengan yang lain mungkin ia cuma sehelai bulu dibadan angsa yang indah.saya rasakan saya sekarang adalah benih yang mungkin baru bercambah, rasanya mungkin baru dua helai..tidak..sehelai daun yang baru tumbuh.kerdil rasanya diri ini di kalangan mereka yang hebat dan handal. berani juga saya berdiri dicelah bijak pandai .mendengar diskusi dan lontaran fakta yang membuat getar hati menjadikan diri ini semakin kecil.

saat kemuncak hari ini bila seorang guru,yang saya kira hebat, mula memberi kata.sepertinya nafas beliau sebagai seorang pengamal perubatan bukanlah begitu lama.masih muda.tapi karismanya membuat saya terkesima.keyakinan dan ilmunya bagi saya cukup mengagumkan.bukan kehebatannya yang mahu saya canangkan.tapi ayat beliau yang saya kira menyentuh,menusuk jiwa dan minda saya.saat berdiskusi satu soalan diajukan.lantas dijawap dan diperincikan dengan jelas, tapi ayat akhirnya, yang membuat saya sedar. '...and i have to read more'.jika dia yang sebegitu mengagumkan bagi saya ,berbicara sedemikian rupa,bagaimana saya? saya mula berfikir,mungkin saya salah.saya bukan pokok dengan daun.mungkin saya cuma sebutir benih.yang belum membawa apa-apa erti.cuma sebutir benih